amaran

aku suka cerita macam-macam. pasal itu la..ini la... campur-campur. penggunaan bahasa dalam blog ini adalah sgt tidak baik utk akademik especially yang mane nak pekse tu kan... but i dont care. sume benda n cerita serta ayat dlm ni adalah mengikut kesukaan aku sebab ini blog aku..bukan blog ko. so x payah la pandai2 nak kondem2 or komen2 ye. kalo ko suke menaip, sila buat blog sendiri and taiplah sampai lebam. i dont welcome any comment yg bersifat kepochi. tamat
Showing posts with label Cinta Suci. Show all posts
Showing posts with label Cinta Suci. Show all posts

Wednesday, July 7, 2010

cinta suci : ep 3 - kades luka~

dah lame x cerita pasal cinta hati aku si kades tu kan?
hurmm... baru2 ni kades teman akim kuar..
malam time tu. sbb akim nak carik suar pendek die kat downtown.

aku tau si kades layan kan je akim tu. sbb sblm tu die ade cakap kat aku die haus and penat. tp disebabkan akim beriya2 sgt..die pun ikut la..

xsampai setengah jam dorg keluar, akim call umah. die cakap ngan ayah. pastu ayah mcm stress je. ayat last yang aku dengar ayah cakap..

'balik la dulu..'

mase tu, macam nak luruh jantung aku. aku tau..ni mesti ade benda jadi kat kades. oh noooo!!!! sakit ke die? pengsan ke? atau kena strok ke???

aku tarik nafas panjang2..kumpul semangat nak dgr berita tu..lalu aku pen berkata..

aku: kenapa kades yah?
ayah: kaki terpijak paku kot. luka.
fuh! lega aku tuhan je yang tau. xde la patah riuk ke hape. terus aku texted akim swuh bawak kades balik. die perlukan bantuan segera. takut nnt kalo lambat..melarat pulak sakitnye..
bile nampak je muka kades..lega sikit hati aku. die mampu tersenyum lagi. bile dah ubatkan luka tu.. aku suruh die rehat je kat rumah. tp die insist nak teman akim. aku biarkan aje la. diri die kan..die tau mane baik mane buruk.

semalam aku pegi keja dengan junid. sbb ayah bawak kades pg check up. and guess what... die dah sehat balik. hari ni die yang hantar aku pg kerja.

yeay!!


p/s: ayah belikan kades spek mata baru. weehoo~~ terima kasih ayah!

Wednesday, June 16, 2010

cinta suci : ep 2 - Asal usul kades

imbasan episod 1

percintaan aku dan kades mendapat tentangan dr emak. tapi berkat kesabaran dan keyakinan kami terhadap cinta suci ini, emak akhirnya menerima kades.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Episod 2 : Asal Usul Kades

Kades sgt pandai mengambil hati emak. lebih2 lagi dia sudah diterima seperti anak sendiri oleh emak. emak saya mula memuji2 kades. kades lancar..kades memudahkan pergerakan..kades x banyak ragam..kades mudah dibawa berbincang dan yang paling selalu emak banggakan.. kades cute sbb kulit warna kulit kades susah utk didapati.

Kades rajin bersembang dengan emak. banyak tentang Kades saya dpt tau dari cerita2 die dekat emak. cemburu pula rasanya. dgn saya xde la detail mcm tu sekali dia bagitahu. tapi xpe.. asalkan die sayang saya.

Kades ni mix. atau yg biase kita dengar..anak campuran. eh..salah..kacukan.. kades dilahirkan di korea. nama keluarga dorg kat sane hyundai. mak kades tu org korea, ayah kades pulak org malaysia. selepas kades lahir, ayah kades nak settle down di malaysia. so keluarga mereka pun berpindah ke sini.


tp jodoh ayah dan emak kades terputus sbb ayah kades mati eksiden. memandangkan anak2 masih kecik, so emak kades pun kahwin dgn sorg orang sini. name bapak tiri kades inokom. die org kedah. kades bertuah sbb dapat bapak tiri yg memahami dan baik.

xpernah pun saya dgr kades komplen ayah die jahat ke hape.. ayah tiri die adil wlpn kades ade ramai adik bradik tiri spt atos prima, i10 and matrix. time kasih pak cik inokom sbb jaga kades saya ye.

sebenarnya saya xsuka sgt org set2 kades yg korea2 ni. mate2 sepet.. saya suka yg indian look. mate bulat2.. tp saya boleh jatuh cinta dgn kades sbb mate die bulat wlpn die dr korea. kulit kades pulak tan. xputih pun. tu sume hasil campuran malaysia ngan korea. peewit!!

ok ok..terlebih sudah saya bercerita. cukupla ini je tentang kades yang saya beritahu semua ye. nnt korg pulak yang jatuh cinta ngan kades saya nnt. ish mane boley! i cemburu tau~

untuk kades.. saya sayang awak. x kisah la org cakap awak macam mana pun. bagi saya.. awak yang terbaik sbb awak rajin layan saya. kan! love u~

bersambung

Thursday, June 10, 2010

Cinta Suci : Ep 1 - Pemulaan Itu~


Permulaan cinta aku dan kades bermula seawal tahun 2004. Kenangan itu masih segar di ingatan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Episod 1 : Permulaan Itu~

Semasa saya masih bergelar pelajar, saya telah berkenalan dengan Kades. Personaliti Kades yang merendah diri dan memahami itu sgt memikat hati saya. Kades membawa saya ke mana sahaja yg saya inginkan dengan syarat saya hanya perlu belanja dia minum. Minuman kegemaran Kades adalah Petronas ice-blended. Ini mungkin kerana Kades berasa serasi dengan cawan yang sama warna dengannya.

Kami sering bersama kerana saya yakin hanya Kades yang memahami kehendak saya. Jika saya bergaduh dan merajuk dengan siapa2 saja, Kades akan teman saya pusing2 Kuala Lumpur untuk mnyenangkan hati saya. Ya..Kades sangat memahami.

Walaupun cinta saya dan Kades kurang disenangi oleh emak saya, saya tetap dengan pilihan saya kerana ayah saya menyokong saya sepenuhnya. Terima kasih ayah. Kadangkala saya rasa emak saya tidak adil terhadap Kades. Takkan hanya kerana warna kulit, saya perlu menjauhi cinta saya?

Atas kesabaran saya dan Kades melayari percintaan kami yang dihalang secara lite-lite oleh emak, akhirnya emak saya dapat menerima Kades seperti anak sendiri.

Alhamdullillah~

-bersambung