amaran

aku suka cerita macam-macam. pasal itu la..ini la... campur-campur. penggunaan bahasa dalam blog ini adalah sgt tidak baik utk akademik especially yang mane nak pekse tu kan... but i dont care. sume benda n cerita serta ayat dlm ni adalah mengikut kesukaan aku sebab ini blog aku..bukan blog ko. so x payah la pandai2 nak kondem2 or komen2 ye. kalo ko suke menaip, sila buat blog sendiri and taiplah sampai lebam. i dont welcome any comment yg bersifat kepochi. tamat

Thursday, April 5, 2012

#kisahdongeng

Perut berbunyik mintak di isi. Abu melangkah malas pergi dapur. Bukak almari. Keluarkan sebungkus megi ayam faberet sbb si Abu berlidah nipis. Tak tahan makan podeh. Amik mangkuk. Koyak plastik and masukkan megi.

"Sedap pulak serbuk ni.." bisik Abu.

Celupkan tangan kat serbuk and jilat. Tiba2 Abu bertukar menjadi beruang berbulu biru yang kiut, yang sedang memegang mangkuk berisi megi. Habis koyak baju adidas yg dipakai semasa dia masih manusia tadi.

"Aduh, koyok pulok baju adidah uptown kawe.." Abu pasrah melihat baju kegemarannya.

Tiba2 hp Abu berbunyi. Rupanya Bakar, kawan baiknya. Biasalah malam2 mcm ni mmg si Bakar suka menghubunginya untuk mendengar nyanyian si Abu sebelum tidor. Baru boleh nyenyak.. Lagipun ptg tadi Abu dah janji nak nyanyi lagu Everyday I'm shuffling malam ni.

"Abu, aku dah baring atas tilam. Cepatlah dodoikan aku.."

"Gggg..lalallaa..mrrroohhsafd.."

"Eh? Abu! Apa ko cakap ni? Suara ko lain. Mcm bukan Abu..suara ko mcm beruang biru! Pulangkan Abu aku!"

"Prrr..lll..bbghgkdh.."

Bakar terus letak talifon dan berlari ke dapur utk mendapatkan Abu yang sebenarnya ada dalam rumahnya.

"Oh mak kau!!"

Bakar terkejut melihat beruang biru yang memegang mangkuk megi di tgn kiri dan hp di tgn kanan. Terus dia mengeluarkan pistol mainan PS3 dari poket seluar dan mengacukan kearah beruang biru.

"Pergi!! Keluar dari dapur aku!!" Bakar menjerit.

Abu menjerit jerit minta Bakar jgn menembaknya. Tetapi bahasanya tidak di fahami. Dan Bakar terus menerpa kearahnya dgn pistol PS3. Beberapa dan tembakan kedengaran.

'Pom pom pom!!'

Abu cuba menyelamatkan diri dr Bakar. Dia berlari sekuat hati.

Tiba2 dapur bertukar menjadi kawasan padang yang lapang. Bakar terus mengejar Abu sambil melepaskan tembakan dr pistol mainan yang berfungsi itu.

Nasib Abu tidak begitu baik. Satu peluru sesat tembus di dadanya yang berbulu biru.

"Ouch! Sakitla bodo~" tempik Abu kuat.

Maka kedengaran lagu 'we are the champion' nyanyian Queen berkumandang di udara. Bakar bersorak riang melihat beruang biru jatuh tergolek dog itu.

Sambil melutut dan tangan di dada, Bakar menjerit puas.

"Saya menang motor!!"

Abu si beruang biru lantas bangkit dan menuju kearah Bakar yang sedang menutup mata menikmati kemenangannya.

'Dupp!'

Tin tongkat ali power root itu dihentak kuat di kepala Bakar.

"Kong ajar punya kawan! Sebab moto ko sanggup tembak aku.."

"Eh..ko Abu ke? Mane aku tau. Meh dok sini. Teruk ke luka tu?"

"Boleh tahan la. Tp bagus jugak. Kalo tembak ngam la. Kena peti suara. Baru la ko boleh paham ape aku cakap."

"Hebatkan aku weh..so skrg ape ko nak buat ni? Ko dah jadi beruang biru."

"Tu la..aku igt nak gi salon hujung kampung ni la. Sruh trim sket. Tebal sgt bulu ni panas. Jom teman aku jap.."

"Tadda hal bro. Jom. Naik motor baru aku jom.."

Lalu Abu dan Bakar pun membonceng motor kriss yang dimenanginya itu ke arah salon.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: