amaran

aku suka cerita macam-macam. pasal itu la..ini la... campur-campur. penggunaan bahasa dalam blog ini adalah sgt tidak baik utk akademik especially yang mane nak pekse tu kan... but i dont care. sume benda n cerita serta ayat dlm ni adalah mengikut kesukaan aku sebab ini blog aku..bukan blog ko. so x payah la pandai2 nak kondem2 or komen2 ye. kalo ko suke menaip, sila buat blog sendiri and taiplah sampai lebam. i dont welcome any comment yg bersifat kepochi. tamat

Thursday, June 10, 2010

Cinta Suci : Ep 1 - Pemulaan Itu~


Permulaan cinta aku dan kades bermula seawal tahun 2004. Kenangan itu masih segar di ingatan.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Episod 1 : Permulaan Itu~

Semasa saya masih bergelar pelajar, saya telah berkenalan dengan Kades. Personaliti Kades yang merendah diri dan memahami itu sgt memikat hati saya. Kades membawa saya ke mana sahaja yg saya inginkan dengan syarat saya hanya perlu belanja dia minum. Minuman kegemaran Kades adalah Petronas ice-blended. Ini mungkin kerana Kades berasa serasi dengan cawan yang sama warna dengannya.

Kami sering bersama kerana saya yakin hanya Kades yang memahami kehendak saya. Jika saya bergaduh dan merajuk dengan siapa2 saja, Kades akan teman saya pusing2 Kuala Lumpur untuk mnyenangkan hati saya. Ya..Kades sangat memahami.

Walaupun cinta saya dan Kades kurang disenangi oleh emak saya, saya tetap dengan pilihan saya kerana ayah saya menyokong saya sepenuhnya. Terima kasih ayah. Kadangkala saya rasa emak saya tidak adil terhadap Kades. Takkan hanya kerana warna kulit, saya perlu menjauhi cinta saya?

Atas kesabaran saya dan Kades melayari percintaan kami yang dihalang secara lite-lite oleh emak, akhirnya emak saya dapat menerima Kades seperti anak sendiri.

Alhamdullillah~

-bersambung


No comments: