saya berazam untuk menulis 'entry' ini dalam bahasa melayu dan ejaan yang penuh.
oh ya..saya adalah gagal memikirkan apakah perkataan 'entry' dalam bahasa melayu.
maafkan saya.
kisah selanjutnya.
pada minggu yang lepas, saya telah terserempak dengan kawan kelas saya. nama dia raja shahrul. dia adalah seorang pelajar yang sering mendapat 'penunjuk' (pointer) yang tinggi dan banyak.
disebabkan dia pandai dan juga agak hensem serta tinggi, dia mempunyai ramai peminat senyap-senyap di kelas. yang paling meminati dan perasan dicintai oleh shahrul adalah rakan saya yang bernama hanin.
maka..
apabila saya terjumpa shahrul hari itu, saya terus memasang niat hendak memberitahu hanin. lantas saya mencari nombor talifon hanin didalam talifon bimbit saya.
cari dan mencari..
tetapi gagal. saya amat yakin saya ada nombor talifon hanin. tapi walaupun dicari berkali-kali, tetap juga tidak dijumpai. saya menjadi beri atas (give up). lalu menghubungi rakan saya yang lain semata-mata hendak mendapatkan nombor talifon hanin.
apabila dapat, saya terus mendail nombor itu. dan sememangnya tepat anggapan saya bahawa saya memang ada nombor talifon dia. cuma nama yang keluar adalah EMMA!
mengapa EMMA????
nama penuh hanin adalah putri nur hanin. tapi mengapakah emma yang keluar?? mengapa? mengapa? tiada sekelumit pun nama itu ada ciri-ciri emma bukan?
oh ya... *berfikir*
saya juga pernah mengalami masalah yang sama ketika mencari nombor talifon rakan yang lain. nama rakan itu adalah fairuz. tapi kami memanggilnya 'kuyu'.
cari punya cari..tetap tidak ditemui. sudahnya saya minta nombor itu dari rakan lain. dan nama yang saya selamatkan (save) dalam talifon bimbit saya adalah MATAHARI..
sungguh bahaya bukan? bayangkan kalau saya memerlukan nombor itu atas urusan hidup atau mati. pasti saya mati sudah!
p/s: saya jumpa nama 'SHILA' dalam talifon bimbit saya. masalahnya...
saya tiada kawan nama shila. siapa shila??

No comments:
Post a Comment